17 November 2019

"TIADA ISU NAQIU TENGGELAMKAN TOMOK... KAMI SALING MENYOKONG" - TOMOK


Penyanyi Tomok menafikan comeback Naqiu bakal 'caras' tapaknya dalam industri kerana dia menyokong perjalanan kerjaya rakan seperjuangannya itu dalam Gegar Vaganza musim keenam (GV6). Sebagai teman seperjuangan, jelas Tomok, sifat cemburu hanya merosakkan industri hiburan.





"Saya penyokong Naqiu. Setiap minggu dia berikan persembahan terbaik. Saya doakan dia terus berjaya dan jangan berhenti. Bakatnya sangat besar. Tiada isu kebangkitan Naqiu akan tenggelamkan Tomok. Kami saling menyokong dan ada peminat tersendiri. Saya sendiri menyokong dia, tiada istilah cemburu. Ia tidak bagus untuk industri. Jadi tiada isu siapa tenggelamkan siapa. Kami sama-sama menyokong kerjaya," jelas Tomok.

Pada masa sama, bintang berusia 35 tahun ini juga tidak menolak kemungkinan untuk berduet bersama bekas anggota kumpulan Boboy itu. Ini kerana, Tomok memandangkan nilai sentimental mereka cukup tinggi di kalangan peminat.



"Dia ada hubungi saya sewaktu menyanyikan lagu 'Meraung'. Kami masih berhubung namun tidaklah begitu rapat kerana masing-masing ada komitmen tersendiri. Saya terbuka untuk berduet dengannya. Gandingan kami punya nilai sentimental kerana datang darpada zaman yang sama. Jika ada rezeki, saya tidak menolak," jelasnya lagi.

Tomok yang bakal menimang cahaya mata ketiga tidak lama lagi itu memberi kata-kata dorongan buat Naqiu dan menyifatkan perjuangan sebenar adalah selepas tamat GV: "Ia hanyalah satu platform, tidak menjamin kerjaya selepas itu. Cabaran sebenar selepas keluar daripada GV. Kena sentiasa merendah diri," tutur Tomok yang juga memberitahu dia tidak menolak kemungkinan untuk turut sama menyertai Gegar Vaganza pada masa akan datang andai adanya tawaran.

Klik untuik gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Tomok & Naqiu Boboy


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: