09 November 2019

SOAL PERKAHWINAN - REEN RAHIM TUNGGU MASA SESUAI UNTUK MERANCANG


"Sejujurnya saya masih belum merancang untuk berkahwin, namun sedang menunggu masa yang sesuai untuk berbuat demikian. Buat masa ini, saya tidaklah menyorok siapa teman lelaki saya dan pada masa yang sama tidak mahu terlalu menunjuk siapa dia.





"Namun, saya rasa sudah ramai yang ternampak saya ketika keluar bersamanya," ujar pelakon Reen Rahim nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 31, yang memberitahu dia belum merancang untuk menamatkan zaman bujangnya, namun sedang menunggu masa yang sesuai untuk merancang soal perkahwinan

Dalam perkembangan lain, Reen kini sedang mempromosikan filem 'KL Vampires' yang turut dibintangi oleh Aeril Zafrel, Raja Ilya, Josiah Hogan, Saiful Apek, Mustaqim Bahadon dan ramai lagi. 'KL Vampires' merupakan filem fiksyen yang mengisahkan tentang golongan 'vampire' yang merupakan keturunan Raja Bersiong. Filem arahan Daven R. ini bakal menjengah pawagam pada 14 November ini.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Reen Rahim


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: