09 November 2019

"SAYA TIADA KOMEN... PEOPLE CAN TALK WHAT THEY WANT" - TUNANG INTAN NAJUWA


"About the photo? Sorry... saya tiada apa nak komen. This is free country. People can talk what they want. Saya tak nak tambah-tambah komen. Nanti lagi macam-macam," demikian tutur Razrul Anwar Rusli, 38, tunang kepada pelakon Intan Najuwa berhubung kontroversi foto 'mesra' di laut tunangnya bersama pasangan gandingannya dalam drama 'Setelah Ku Dimiliki', pelakon Zul Ariffin yang mencetuskan pelbagai reaksi di laman sosial.





Rata-rata pengguna laman sosial beranggapan aksi kedua-dua pelakon ini keterlaluan terutamanya Intan yang sudah bergelar tunangan orang. Bagaimanapun, tunang Intan yang dihubungi berpendapat bahawa sesiapapun berhak menyatakan pandangan mereka terhadap isu berkenaan.

Untuk makluman, Intan dan Nazrul mengikat tali pertunangan pada 18 Ogos lalu dalam sebuah majlis yang diadakan di Johor Bahru bersempena hari jadi pelakon itu yang ke-22. Pada Khamis lalu, foto mandi laut Intan dan Zul tersebar di media sosial sehingga ada yang beranggapan ia salah satu gimik bagi meraih rating drama lakonan mereka.

Bagaimanapun, pengarah drama tersebut iaitu Osman Ali menafikan babak 'mesra' itu berkaitan dengan adegan dalam drama 'Setelah Ku Dimilki'. Osman berkata, gambar-gambar itu juga bukan daripada 'footage' adegan bulan madu membabitkan watak Adriz dan Sarra. Sementara itu, usaha untuk mendapatkan kenyataan Intan atau nama penuhnya Intan Najuwa Abdul Wahid mengenai foto tersebut masih tidak berjaya.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: