27 November 2019

TAK AMBIL HATI - DRAMA BAND AKUI TAK PERNAH JUMPA BABY SHIMA


"Secara jujur, kami tidak ambil hati dengan kenyataan Baby Shima. Apa yang diluahkan memang benar. Kami tidak pernah bersua atau berbual. Jadi memang betullah kenyataan dia tidak kenal Drama Band," demikian jelas vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza yang mengakui tidak terkejut dengan kenyataan dibuat penyanyi Baby Shima dan berkata peminat mungkin tersalah anggap maksud yang cuba disampaikan Baby Shima yang pernah menyertai pertandingan nyanyian lagu dangdut D'Academy Asia, dua tahun lalu.





Drama Band tidak berkecil hati dengan reaksi Baby Shima yang mendakwa tidak kenal kumpulan muzik itu gara-gara kontroversi video muzik 'Satu-Satu' yang dikatakan menyindir penyanyi itu dengan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri. Baru-baru ini, Baby Shima dalam kenyataannya mengaku tidak kenal anggota kumpulan Drama Brand gara-gara kontroversi muzik video 'Satu-Satu'. Klip video berkenaan dikatakan menyelar kontroversi Baby Shima dengan Aliff Syukri.

Aepul mengaku pihaknya memuatnaik kenyataan Baby Shima mengenai isu berkenaan di Instastory. Aepul berkata, dia dan teman-teman band tidak ada masalah peribadi dengan Baby Shima: "Namun, kata-kata kecaman itu bukan datang daripada kami. Sebaliknya, kami hanya berkongsi luahan dibuat peminat. Sebenarnya, tiada isu antara Drama Band dengan Baby Shima. Kami tidak ada masalah jika bertentang mata. Malah, jika ditadirkan suatu hari nanti kami bekerjasama, kami tidak kisah".

Klik untuk gambar besar


Menjawab dakwaan Baby Shima konon Drama Band mencari publisiti murahan apabila menghasilkan video muzik seumpama itu, Aepul tidak menafikannya. Namun, tambah Aepul, perhatian yang dicari Drama Band adalah dalam sudut menyampaikan mesej baik: "Saya mengaku kami mahu perhatian bagi menyampaikan mesej kepada penonton. Tetapi kami buat semua itu bukan untuk mengejar populariti atau wang.

"Sebaliknya, kami mahu menjadi kumpulan muzik yang menyampaikan lagu ada mesej. Bukanlah semata-mata lagu cinta atau kekecewaan. Kalau mesej tidak sampai kepada semua tidak mengapa. Jika mesej itu sampai kepada dua atau tiga orang pun sudah memadai. Asalkan ada orang sedar mesej yang cuba kami sampaikan,” katanya.

Klip video 'Satu-Satu' yang dilancarkan Isnin lalu, sudah mendapat lebih 700,000 tontonan. Lagu itu berkisar sikap individu yang rela berbuat apa saja di laman sosial hingga sanggup mengetepikan maruah diri bagi mengejar populariti. Drama Band yang turut dianggotai Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir dan Nik Adib, sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila muzik video 'Drama' dikatakan menyindir beberapa selebriti seperti Haqiem Rusli, Aliff Aziz dan Haneesya Hanee.




www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Instagram Drama Band, Baby Shima & Aliff Syukri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: