27 November 2019

SITI NORDIANA: "DIA (KHAI) 'SWEET' BUKAN SAYA SAHAJA, MALAH ORANG LAIN..."


Penyanyi dan pelakon Siti Nordiana, memaklumkan belum ada projek lain akan kembali menggandingkan dirinya dengan penyanyi dan pelakon Khai Bahar, selepas single dan drama 'Satukan Rasa'. Penyanyi Wanita Popular DuitNow, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 itu bagaimanapun berkata, dia sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan Khai jika ada permintaan untuknya berbuat demikian.





"Setakat ini, memang belum ada perancangan lain yang memerlukan kami bekerjasama. Jika ada permintaan untuk saya berduet atau berlakon dengannya lagi, saya tiada masalah untuk menjayakannya. Cuma, selepas ini kami difahamkan akan sama-sama terbabit dengan penggambaran telefilem, 'Satukan Rasa', untuk edisi raya," kata Siti Nordiana yang mesra disapa Nana.

Ujar Nana, selagi peminat tidak bosan dengan kerjasama mereka, pasti akan ada lagi projek membabitkan kedua-duanya pada masa akan datang: "Kami juga sudah boleh dikatakan serasi, sejak tiga tahun lalu. Pada masa sama, bimbang juga kalau ada yang sudah muak dengan gandingan saya bersama Khai. Bagaimanapun, sehingga kini peminat nampaknya menyukai kerjasama atau gandingan kami berdua," ujar penyanyi 'Terus Mencintai' itu.

Ditanya mengenai sikap Khai yang dilihat begitu baik dengannya, Nana berkata, penyanyi lagu 'Luluh' itu juga bersikap sedemikian dengan orang lain juga: "Dia 'sweet' bukan dengan saya sahaja, malah bersama orang lain juga. Dia pula memang lelaki yang budiman".

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Siti Nordiana


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: