11 November 2019

"TAK PERNAH SOLAT 20 TAHUN LALU" - JOJO (ONE NATION EMCEES) KONGSI PENGHIJRAHAN


"Saya jahil tentang agama, banyak tuntutan yang saya tinggal dan lebih mengejar duniawi. Saya tak pernah solat sebelum ini, kali terakhir pun solat Jumaat ketika bersekolah, kemudian apabila mula bekerja saya tinggal terus. Bayangkan masjid sebelah rumah pun tak nampak. Betapa gelapnya hati saya ketika itu... Tetapi lebih kurang tiga tahun lalu, Allah beri saya hidayah.





"Jadi bila saya berhijrah kira-kira dua tiga tahun lalu, saya cuba tingkatkan ilmu agama. Saya tidak pernah sembahyang... Tak pernah solat kira-kira 20 tahun lalu. Ketika kecil saya hanya Solat Jumaat sahaja. Nak kejar dunia perlu ada agama. Saya terfikir, apa rasa orang yang bersolat? Kata orang solat itu nikmat. Jadi saya nak rasa," demikian kongsi anggota kumpulan One Nation Emcees, Jojo yang mendedahkan pernah terleka dengan nikmat dunia hingga mengabaikan solat selama lebih 20 tahun.

Jojo atau nama sebenarnya Nur Hasan Balas, 44, yang kini masih aktif menyertai aktiviti dakwah bersama rakan artis dan belajar beristiqamah dalam ibadah itu berkata, kali terakhir dia mendirikan solat ketika di bangku sekolah. Tiada guru untuk membimbing Jojo, yang ada hanyalah carian Google tentang cara untuk menunaikan solat dan waktu Subuh.

"Saya berjaga malam tak tidur sebelum nak mula mendirikan solat Subuh. Saya ke surau, tunggu jemaah masjid datang dan belajar. Kemudian saya cuba istiqamah solat Subuh selama dua minggu tanpa henti. Lepas tu belajar solat Isyak dan Maghrib.

Klik untuk gambar besar


"Allah beri ilham untuk rasa seronok dan alang-alang itu saya terus buat solat lima waktu. Ketika itu walau duit dalam poket ada RM5 saja, hati rasa tenang dan bahagia. Inilah sebenarnya yang saya cari," ceritanya bintang ini yang turut memberitahu dia sebolehnya cuba terapkan dalam diri untuk tidak tinggalkan solat dan amal meski sibuk dalam hal duniawi selepas ini.

Bertitik tolak daripada mimpi sebenarnya, kata Jojo peristiwa dalam mimpi sejak darjah enam mencetuskan semula hijrahnya: "Ada seorang lelaki mula bercahaya putih memperkenalkan namanya Muhammad. Saya tak nampak muka dia tetapi dia bawa saya ke perigi dan beri saya minum. Selepas itu dia hadiahkan saya bunga. Ketika itu saya dapat membaca Al-Quran dengan begitu lancar!

"Saya kemudiannya berjalan ke arah satu pintu yang apabila dibuka ada kawasan langit yang luas. Di situ ramai lelaki berjubah putih mengajak saya mendirikan solat bersama-sama dalam satu saf. Kami ada rujuk ustaz dan katanya syaitan tidak akan menyerupai Nabi Muhammad," katanya yang pernah menceritakan mimpinya kepada arwah ibunya suatu masa dahulu.










www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Media Hiburan, Instagram Jojo, @onenationemcees_ & @onenationfamily


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: