11 November 2019

TAUKE PERTAHANKAN ALIFF: "LU TAK TAHU MASALAH DIA TERUS CACI HINA APEHAL"


Menerusi laman Instagram, pelawak Tauke Jambu telah memuatnaik foto penyanyi dan pelakon Aliff Aziz yang namanya kembali hangat selepas tularnya rakaman video menunjukkan seorang lelaki menyerupai wajahnya sedang bergelut dengan polis di Singapura. Melihat pada kapsyen pula, Tauke dilihat tampil mempertahankan bekas suami kepada pelakon Bella Astillah.





Dalam masa sama, Tauke mempersoalkan tindakan netizen yang sering menghentam sesuatu isu tanpa mengetahui pucuk pangkal kejadian sebenar: "Salam geng... Kalau ada sejuta orang menghentam biarlah wa jadi perisai... Lu tak tahu apa masalah dia terus nak caci hina apehal? Jadi orang sikit... Pada sahabat gua @aliffaziz91 baik atau buruk lu still sahabat gua," tulisnya.

Posting Tauke itu menerima pelbagai reaksi daripada pengikut yang rata-ratanya memuji ikatan persahabatan mereka. Dalam perkembangan terbaru, Tauke merupakan bintang Maharaja Lawak Mega (MLM2019) bersama Tapai Kiut dalam kumpulan Jambus.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Tauke Jambu & Aliff Aziz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: