11 November 2019

GV6: "SIAPA LEBIH BIADAB & KURANG AJAR?" - ALYAH JELAS SEBAB PULANG AWAL


Baru-baru ini, seorang netizen telah meninggalkan komen di laman Instagram yang mempersoalkan tindakan penyanyi Datin Alyah meninggalkan konsert Gegar Vaganza musim keenam (GV6) ketika program itu masih bersiaran langsung pada malam Ahad. Bengang dengan komen tersebut, Alyah, 38, telah membalas dengan menjelaskan kehadiran di konsert kelima GV6 itu adalah sebagai memenuhi undangan persembahan dan perlu pulang awal kerana mempunyai tugasan lain yang perlu diselesaikan.





"Saya nak tanya awak? Siapa yang lebih biadab dan kurang ajar? Orang yang sudah menjalankan kerjanya dan harus meninggalkan majlis kerana harus menghantar anak saudaranya pulang sebab esok sekolah. Atau orang seperti awak (yang biadap)? Sebab membiadabkan orang tanpa usul periksa, teks (komen) guna akal bukan guna hasad dengki," kata penyanyi lagu 'Jutaan Purnama' ini yang menjawab salah satu komen yang ditinggalkan oleh seorang netizen.

Lelaki tersebut mempersoalkan tindakan Alyah pulang awal dan menyifatkan isteri kepada juri tetap GV6 iaitu Datuk Ramli MS ini sebagai biadab: "Artis paling biadab, orang tengah perform kau elok pula blah (balik) macam itu saja," tulis netizen berkenaan.

Klik untuk gambar besar


Rata-rata pengikut di Instagram bersetuju dengan jawapan balas Alyah dan berpendapat dia mempunyai alasan tersendiri perlu pulang awal sebelum rancangan itu berakhir: "Alyah dah jawab di live IG tadi, dia dijemput untuk perform pembukaan GV, tak dijangka host Nabil Ahmad dan Jihan Muse bawa dia ke depan untuk jadi penonton, dalam masa sama anak saudaranya ada tunggu dalam kereta.

"Dia profesional (tetap duduk didepan) sebab tak anak nanti Tokram (Ramli MS) kena bahan sepanjang GV6, sebagai isteri mestilah dia tak nak ganggu suami buat kerja. Itu pun nak jadi isu, ingat orang lain tak ada kerja ke nak tunggu situ? Bukan sebab dia tak profesional ke apa... malam tu mungkin dia ada hal lain," komen peminat.

Pada konsert minggu kelima GV6 itu, Alyah menjadi artis undangan membuat persembahan pembukaan dengan menyanyikan lagu terbaharunya berjudul 'Meluruh'. Selesai persembahan, Nabil dan Jihan mempelawa penyanyi ini untuk duduk di kerusi penonton di belakang Ramli MS.








www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Alyah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: