11 November 2019

LUAHAN SHARNAAZ: "DEK BISIKAN SYAITAN & IBLIS, KITA MAKIN JAUH... MY BOY"


"Selamat malam sayang ba @jebatjayden. Dek bisikan syaitan dan iblis, kita makin jauh.. Tapi seinci cek tak pernah jauh dari minda dan hati ba. My life, my power, my boy," tulis pelakon Sharnaaz Ahmad yang meluahkan rasa rindu terhadap anak lelakinya, Jebat Jayden menerusi sebuah entri di akaun Instagram Stories miliknya.





Kata Sharnaaz makin lama dirinya makin berjauhan dengan anak kesayangannya itu. Pada 31 Ogos lalu, isteri Sharnaaz, Noor Nabila Mohd Noor mengesahkan sudah memfailkan perceraian terhadap pelakon itu. Kemudian pada 11 September lalu, Mahkamah Rendah Syariah memerintahkan pasangan itu perlu menjalani proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).

Kemelut perkahwinan antara Sharnaaz dan Nabila memasuki episod baharu apabila pelakon itu memfailkan permohonan nusyuz pada 30 September baru-baru ini. Pada 6 November lalu, mahkamah memutuskan pasangan ini perlu ke peringkat seterusnya iaitu hakam selepas gagal mencapai penyelesaian dalam jawatankuasa pendamaian (JKP) yang sebelum ini dilantik.

Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden yang kini berusia setahun.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Sharnaaz Ahmad


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: