11 November 2019

DIKECAM BAWA PELAJAR TAHFIZ TONTON WAYANG - INI JAWAPAN BALAS SAKINAH


Sabtu lalu seluruh umat Islam menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW dengan acara seperti perarakan dan ceramah diadakan bagi meraikan sambutan hari Maulidur Rasul. Namun, berbeza dengan pelakon Sharifah Sakinah yang membawa sekumpulan pelajar tahfiz menonton filem 'Pusaka' bersama dengannya. Bukan itu saja, Sakinah turut membelanja semua pelajar tahfiz tersebut menikmati makanan segera.





Sakinah turut berkongsikan fotonya bersama kesemua pelajar tahfiz berkenaan dan jelas terpancar kegembiraan di wajah mereka. Bagaimanapun, niat Sakinah untuk menggembirakan anak-anak tersebut dipersoal dan dikecam netizen. Malah, ada yang mengatakan tidak sesuai membawa pelajar tahfiz ke tempat tersebut.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan banyak lagi aktiviti yang boleh menggambarkan kebesaran Allah serta mendoakan agar pelakon itu diberi hidayah. Meskipun dikecam, ramai netizen mempertahankan pelakon itu serta memintanya supaya tidak mengendahkan kritikan negatif. Tidak hanya berdiam diri, menerusi InstaStory, Sakinah dilihat membalas kritikan netizen.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: CARI Forum & Instagram Sharifah Sakinah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: