04 November 2019

TUNKU AZIZAH MAHU BANTU DAPATKAN ZURIAT - IZZUE ISLAM TERKEJUT, TERHARU


Pelakon dan penyanyi Izzue Islam meluahkan rasa terharu apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ingin membantu dia dan isteri, Awin Nurin untuk mendapatkan zuriat selepas hampir enam tahun berkahwin namun belum dikurniakan cahaya mata.





Akui tekejut dengan bantuan tersebut, Izzue berkata dia menerima tawaran itu ketika bertemu dengan Tunku Azizah di belakang pentas selepas tamat pementasan teater Mak Yong, Oktober lalu: "Saya memang terkejut dan terharu sangat apabila Tunju Azizah sendiri tawarkan nak bantu saya dan isteri untuk dapatkan zuriat.

"Kami bertemu di belakang pentans selepas saya habis pementasan teater Mak Yong. Waktu itu memang tak cakap banyak sebab segan tak tahu nak borak apa. Permaisuri ada bertanya mengenai kehidupan saya sebab baginda mengikuti perkembangan saya. Baginda ada kata kalau perlukan pertolongan, beritahu saja," katanya.

Dalam pada itu, Izzue berkata dia belum berkesempatan lagi untuk bertemu Tunku Azizah untuk berbincang lanjut mengenai rawatan tersebut disebabkan jadual kerja yang padat dan merancang untuk bertemu baginda awal tahun hadapan.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: