04 November 2019
UMIE AIDA: "HAMPIR SETAHUN BLACKY JADI JAGA DEPAN RUMAH....."
"Rasanya hampir setahun blacky jadi jaga depan rumah me. Asalnya dia street dogs, me kasi mkn.. dia terus anggap me tuan dia. Dan dia mcm tahu batas-batas antara me dgn nya.. kalau me buka pintu pagar rumah, tak pernah sekali pun dia cuba masuk. Dia sedar ruangnya hanya luar pintu pagar rumah me. Dan blacky sgt setia dan dengar ckp.
"Dipendekkan cerita blacky baru dpt anak.. dan dia sorok baby dia kat satu kawasan yg me sendiri tak tahu. Tapi setiap kali nak mkn dia akan dtg rumah me. Dan semlm... blacky datang bawa anak dia.. mata blacky berair seolah2 menangis. Ya Allah... rupa-rupanya baby dia mati dan dia minta tolong tanamankan baby dia. Me tak tahu nak ckp mcmmana sedih blacky dgn kematian anaknya.
"Binatang pun ada perasaan tanam anak dia yg dah mati. Manusia??? Hmmm... pengajaran buat kita yg bergelar manusia.. yang ada hati perasaan, akal dan iman," demikian kata pelakon Datin Seri Umie Aida yang mendedahkan dia memiliki seekor anjing yang menjadi penjaga rumahnya sejak setahun yang lalu.
Menurut Umie, anjing tersebut asalnya hanya seekor anjing jalanan tetapi dia sering memberi makan dan secara tidak langsung anjing itu terus menganggapnya sebagai tuan yang membelanya. Anjing yang diberi nama Blacky itu menjadi penunggu setia dihadapan rumahnya.
Klik untuk gambar besar
Umie yang berkongsi cerita tersebut di akaun Instagram miliknya itu memuatnaik video Blacky sedang menanam seekor anak anjing. Dalam entri tersebut, Umie memberitahu Blacky baru sahaja mempunyai seekor anak tetapi ia sudah mati dan memintanya menanamkannya.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya serta rakan artis yang turut bersimpati dan bersedih dengan kisah yang disampaikan. Mengenai Umie, pelakon itu baharu sahaja mengambil seorang lagi anak angkat yang diberi nama Nur Aisya berusia tiga bulan.
Sebelum ini, Umie telah membesarkan dua orang anak angkat lelaki iaitu Mohd Daniel Firdaus, 26, dan Mohd Dzulhilmi, 25. Umie dan suami, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bernikah pada 14 Mac 2010 di hadapan Kaabah, Masjidil Haram Mekah.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Umie Aida
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment