Sekeping foto mengenai seorang perokok yang sedang merokok di kawasan larangan telah tular di laman Twitter baru-baru ini.
Namun, apa yang menarik perhatian adalah kelibat selebriti serba boleh, Alif Satar yang sedang berborak menerusi telefon pintarnya.

Menjengah maklum balas orang ramai di laman Twitter, rata-rata pengikut bergurau dengan menyatakan Alif sedang membuat laporan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"@muzxmml: Alif dah siap report KKM." - "@defaf_z: All I saw at first is Alif Satar." - "@yours_tfu: Dia tengah call KKM."
Alif turut memuatnaik gambar tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya: "Seriously guys.. why is it always me? p/s #IDidntTakeThisPhoto," tulis Alif.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikut terhibur melihat 'photobomb' yang dilakukan secara tidak sengaja. Terdahulu, wajah Alif kerap menghiasi kaca TV sewaktu siaran langsung solat Jumaat di Masjid Wilayah.
Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Alif Satar
________________________

No comments:
Post a Comment