21 December 2019

AL-FATIHAH - AYAH REMY ISHAK KEMBALI KE RAHMATULLAH


Takziah diucapkan kepada pelakon Remy Ishak atas pemergian ayahnya, Ishak Bin Idris yang telah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi di kampung halamannya di Masjid Tanah, Melaka. Berita sedih tersebut dimaklumkan oleh Remy menerusi kemas kini terbaru akaun Instagramnya.





"Ayah saya Ishak Bin Idris menghembus nafas yang terakhir awal pagi tadi. Al-fatihah untuk ayah," tulisnya secara ringkas yang menerima komen dimana rakan artis dan peminat turut meninggalkan ucapan takziah serta bersama-sama berduka.

Sementara itu, pengurus Remy, Azlin Abas ketika dihubungi berkata, Remy terus bergegas pulang ke kampung ketika dimaklumkan perkara itu: "Jam 7 pagi dia menghubungi saya dan memaklumkan bapanya meninggal dunia. Dia juga terus pulang kampung.

Klik untuk gambar besar


"Saya ada juga bertanya lanjut berkenaan bila dan di mana jenazah akan dikebumikan, namun dia tidak membalas mesej saya. Bapanya sakit tua dan meninggal pada usia lebih 60-an," katanya.

Difahamkan, Remy sepatutnya terbabit pada program sesi ramah mesra bersama Origina sempena Hot Jam Tour di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur petang ini.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak, Harian Metro & Instagram Remy Ishak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: