21 December 2019

"TEMAN AWAK TIDUR DALAM TANDAS..." - ADHWA & ARDELL BAKAL JADI IBU AYAH


Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada aktor Nadzmi Adhwa dan isterinya, aktres Ardell Aryana kerana bakal menimang cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi. Berita gembira tersebut dikongsikan Adhwa yang mendedahkan isterinya itu disahkan hamil anak pertama. Kata Adhwa dia berasa terharu kerana tidak terfikir yang isterinya sedang berbadan dua.





"Saya tak tahu pun dah ada adhwardell junior dalam perut awak. Tiba- tiba sekarang dapat tahu. Sebak sangat. Patut la awak asyik nak makan je. Tapi kemudian awak tidak mahu makan. Dari bulan lepas teman awak tidur dalam tandas sebab muntah teruk. Ingatkan penyakit lama awak datang semula sebab awak tidak mahu makan dan asyik muntah," tulisnya di Instagram.

Tambah pelakon filem 'Busut Bonang' menyifatkan ini rezeki anaknya untuk turut sama ke Syria bagi menyertai misi kemanusiaan di sana. Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Nadzmi Adhwa Nor Adzmi memohon kepada semua untuk mendoakan keselamatan isteri dan anak yang berada dalam kandungan.

Klik untuk gambar besar


"Rupanya Allah nak bagi kita rezeki untuk kita bawa dia pergi bersama kita di Syria. Terima Kasih Allah. Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan segala urusan awak (Ardell) dan sentiasa diberkati Allah. Saya akan sentiasa ada disebelah awak. Minta kalian doakan isteri dan anak dalam kandungan sentiasa sihat," tulisnya lagi.

Sementara itu menerusi sebuah entri di IGnya, Ardell turut berkongsi alat ujian kehamilan yang menunjukkan tanda positif. Bagaimanapun, Adhwa dan Ardell tidak mendedahkan usia kehamilan kepada umum. Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikut turut sama mengucapkan tahniah kepada pasangan ini serta mendoakan semoga segalanya dipermudahkan.

Sementara itu, Ardell turut berkongsi alat ujian kehamilan yang menunjukkan tanda positif di laman Instagram. Terdahulu, Nadzmi dan Ardell berkahwin pada 1 September lalu dalam satu majlis sederhana yang diadakan di Seri Kembangan.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Harian Metro, Instagram Nadzmi Adhwa & Ardell Aryana


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: