21 December 2019

"NIKMAT TIDAK TERHINGGA" - ERNIE ZAKRI SEBAK UMRAH BERSAMA KELUARGA


"Alhamdulillah, syukur dengan nikmat rezeki yang Allah berikan ini. Sebelum ini tengok orang lain dapat pergi, saya sentiasa berdoa semoga suatu hari dapat sampai juga. Mungkin juga dengan berkat doa kawan, Allah perkenankan.





"Bagi saya, ini rahmat yang tidak terhingga. Sebagai hamba-Nya, saya hanya mampu memanjatkan rasa syukur. Kali pertama menjejakkan kaki ke Masjidil Haram dan menatap Kaabah depan mata, tidak sedar air mata menitis sendiri.

"Segala perasaan ada. Terima kasih Allah kerana menjemput saya dan keluarga menjadi tetamu-Mu," demikian kata penyanyi Ernie Zakri yang sebak dan terharu apabila kali pertama dapat menjejakkan kaki ke Makkah bagi menunaikan ibadah umrah.

Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakrie, 27, berkata, lebih bermakna apabila impiannya membawa ibu bapa bersama dimakbulkan Allah.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Ernie Zakri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: