21 December 2019

A. AIDA: "BUKAN NAK CAKAP BESAR, MENGURAT... PUAS TANGAN NAK MENEPISNYA"


Memberitahu ramai lelaki yang cuba mendekatinya selepas bercerai dengan pelakon Ariff Aziz pada Jun lalu, penerbit Datuk A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 48, berkata dia lebih memilih untuk memberikan fokus terhadap kerjaya dan anak-anak berbanding soal jodoh.





"Bukan nak cakap besar tetapi mereka yang nak mengurat saya tu... puas tangan nak menepisnya. Tapi sebab saya dah selesa dengan kehidupan begini... jadi saya rasa biarlah sekejap.

"Lagipun saya dah serik dengan kehidupan lalu... saya sudah empat kali kecundang dalam perkahwinan sebelum ini. Saya sedang cuba untuk memenuhi apa saja impian anak, pusing dunia dengan anak-anak. Saya dah tak nak fikir untuk mencari pasangan buat masa ini," ujarnya.

Mengenang kembali kata-kata arwah ibunya, A. Aida berkata, dia berasa sebak apabila sering gagal dalam perkahwinan biarpun memiliki harta dan kekayaan: "Betullah kata arwah mak dulu...

Klik untuk gambar besar


"Tuhan beri saya segala-galanya tapi bila bab suami, memang ada kekurangan di situ. Kalau dengar dia cakap begitu sampai mengalir air mata, ia perkara yang benar-benar terjadi kepada saya sehingga kini," tuturnya.

Bagaimanapun Aida berkata, dia tidak menolak takdir mahupun jodoh yang hadir dalam hidupnya selepas ini jika sudah ditakdirkan ada rezeki untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi.

"Sekarang ini saya nak fokus dengan kerjaya, cari lebih banyak lagi sumber pendapatan sebab anak saya tiga lagi masih belajar. Tapi, jodoh, ajal maut di tangan Allah. Kalau tiba-tiba Dia hantar jodoh saya nak buat macam mana?" katanya.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: