21 December 2019

"ALHAMDULILLAH" - KAKAK TOMOK, ISMA SELAMAT AKHIRI ZAMAN IBU TUNGGAL


Pada tarikh 21.12.19 iaitu hari ini, kakak kepada penyanyi Tomok, Ismaliza Ismail selamat diijabkabul buat kali kedua sebentar tadi.





Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim ke-7 (AF7) itu berkongsi momen istimewa menerusi laman Instagram miliknya: "Alhamdulillah. Terima kasih semua yang terlibat," tulisnya.

Difahamkan, menerusi Instagram Salwa Abdul Rahman, Isma berkahwin dengan Dzaki di Menara Seri Wilayah, Presint 2 Putrajaya.

"21.12.19. Alhamdulillah... Syukur! Tahniah!!! Selamat Pengantin Baru!! Selamat Sudah Pernikahan... @ismaliza_tanty & Dzaki. Semoga Kekal Bahagia Hingga Ke Jannah... Maaf! Kakwa Tak Dapat Hadir! Masalah Kesihatan Yang Tidak Mengizinkan," kongsi Salwa.

Isma sebelum ini pernah berkahwin dengan Zul 2by2 namun memutuskan untuk bercerai awal 2018 setelah hampir 20 tahun hidup bersama.

Hasil perkongsian hidup, Isma dan Zul, mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Muhammad Haiqal Aiman, 20, Muhammad Haiqal Aydiel, 19, Seri Aida Merlissa, 17, Seri Ayreen Merynda, 15, dan Seri Adryana Mercella, 11.


www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: