21 December 2019

BONDA DEDAH NAMA BABY GIRL ALIFF SYUKRI & ISTERI, 'RAUDAH ARSHIYAH'


Ibunda kepada usahawan kosmetik dan penyanyi Datuk Seri Aliff Syukri, Rozita Ibrahim menerusi laman Instagram telah berkongsi momen istimewa keluarga itu menerima kehadiran orang baru dalam keluarga. Malah, dia turut mendedahkan nama yang diberikan kepada anak kelima Aliff dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida yang diberi nama 'Raudah Arshiyah'.





"Slide tau "sempat sy snap gambar baby senyum" mood Abah paling hapy dapat anak perempuan. Kami sedih muka Yusuf jelez dn tarik diri menyendiri dgn Raudah Arshiyah nama baby baru family kami," tulisnya.

Melihat pada ruangan komen, netizen memuji keindahan nama milik si comel ini. Untuk makluman, Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007 dan sebelum ini telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawy serta mempunyai seorang anak angkat, Ameena.

Klik untuk gambar besar













www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Instagram Rozita Ibrahim, Aliff Syukri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: