21 December 2019

AMAR & AMYRA BAKAL TIMANG ANAK PEREMPUAN FEBRUARI 2020


"Jujurnya, saya memang langsung tidak tahu jantina bakal anak kedua kami. Ketika proses imbasan kehamilan dilakukan pun, doktor dan Amyra memilih untuk berahsia. Saya diminta oleh mereka untuk menunggu di luar.





"Jadi, saya memang terkejut apabila jantina anak kami diumumkan, hari ini. Selama ini juga, Amyra memberikan bayangan kami bakal menimang seorang lagi putera kerana dia banyak membeli barang dan mencari buku nama anak lelaki.

"Memang bersungguh-sungguh Amyra hendak memberikan kejutan kepada saya," demikian kata pelakon Amar Baharin yang amat gembira apabila keluarga kecil mereka kini bakal lengkap dengan sepasang cahaya mata.

Klik untuk gambar besar


Amar, 34, dan isterinya yang juga seorng pelakon, Amyra Rosli, 28, bakal menimang cahaya mata perempuan yang dijangka lahir pada Februari 2020. Pasangan ini berkongsi berita gembira itu pada majlis pengumuman jantina bakal anak kedua mereka yang diadakan di Bangsar Village 2, hari ini.

Teruja menanti kehadiran insan baharu sebagai penyeri rumah tangga yang dibina sejak tiga tahun lalu, Amar akui terkejut kerana menyangka akan menerima anak lelaki: "Saya betul-betul terkejut sebab ingatkan bakal timang anak lelaki tapi rupanya Amyra sengaja nak buat kejutan.

"Selama ini saya teman Amyra ke kedai buku dia selalu beli buku mengenai lelaki. Malah kalau ke klinik untuk membuat pemeriksaan pun dia tak bagi saya teman untuk masuk ke dalam bilik untuk berjumpa doktor. Jujur saya gembira dengan pengumuman ini kerana saya bakal menerima cahaya mata perempuan dan cukup la sepasang dalam keluarga kami," katanya.



Sementara itu, Amyra memohon doa agar segala proses berjalan dengan lancar dan selamat: "Anak pun masih dalam kandungan lagi dan dijangka lahir pada Februari tahun depan. Tolong doakan semoga urusan bersalin saya dipermudahkan".

Amar turut menjelaskan, penantian untuk mengetahui jantina bayi dalam kandungan lebih berharga apabila diberikan rezeki bagi menyambut anak perempuan pula. Sebelum ini, Amar berkongsi berita gembira bakal menerima cahaya mata kedua dengan memuat naik foto isterinya bersama alat ujian kehamilan di Instagram, Julai lalu.

Terdahulu, sempena ulang tahun Amar yang ke-34 Ogos lalu, Amyra membuat kejutan terindah apabila dia mengumumkan berita kehamilannya. Amar turut menyifatkan berita kehamilan itu sebagai hadiah paling bermakna. Amar dan bintang drama 'Nur' itu mendirikan rumah tangga pada November 2016. Mereka dikurniakan anak sulung, Aqeef Anaqi, pada 15 Oktober 2017.




www.myartis.com / Sumber: Berita Harian, Astro Gempak & Instagram Hlive


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: