22 December 2019

SEKALI LAFAZ - ISSEY KINI KEMBALI BERGELAR SUAMI


Akhirnya penyampai radio dan pelawak Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, 32, mengakhiri zaman duda apabila sah bergelar suami dengan sekali lafaz kepada pilihan hatinya, Noor Aimi binti Mohamed Jamel, 32, sebentar tadi.





Majlis akad nikah tersebut diadakan di Calamaya Garden, Kota Bahru, Kelantan. Issey dan Aimi dinikahkan oleh Timbalan Imam Masjid Mukim Pauh Panji, Ustaz Tengku Mahmud bin Tengku Haji Ibrahim dengan mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskah Al-Quran. Majlis tersebut telan disaksikan kira-kira 200 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan teman-teman rapat.

Terdahulu, Issey pernah berkahwin dengan Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid pada 19 Mac 2015 sebelum bercerai pada 21 Ogos 2016. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Selain itu, Aimi merupakan seorang janda yang mempunyai tiga orang cahaya mata.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Astro Gempak & Instagram Issey Fazlisham


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: