20 December 2019

AR BADUL DIUJI LAGI, ABANG SULUNG KINI KRITIKAL


Selepas kehilangan anaknya, kini pelakon dan pelawak veteran, AR Badul, 70, tabah menerima kenyataan dengan ujian terbaru apabila abang sulungnya, Anuar Aman Ramli, 73, kini kritikal di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat komplikasi pelbagai penyakit.





Anuar yang juga bekas pemuzik dimasukkan ke hospital kerana uzur selain mengalami pelbagai komplikasi penyakit lain: "Selain sakit dalaman, abang juga ada sakit buah pinggang dan pernah buat dialisis. Kami adik-beradik pun sudah melawatnya di hospital".

Pada 4 September lalu, Badul diuji apabila anaknya, Mejar Mohd Zahir maut selepas tertembak ketika melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah. Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie berkata, melihatkan keadaan abangnya, mereka tidak meletakkan harapan tinggi untuk pulih seperti sedia kala.

"Untuk pulih macam biasa, rasanya seakan mustahil kerana organ dalamannya pun sudah tak berfungsi. Ubat pun tak boleh masuk dah. Kami reda dengan apa jua ketentuan Allah. Bukan kami menolak untuk dia pulih, tapi tak sanggup tengok dia menderita," katanya.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: