20 December 2019

DUA KALI LAFAZ - FARA HEZEL KINI ISTERI AHLI PERNIAGAAN


Pada jam 3.32 petang tadi, penyanyi, Fara Hezel, 23, telah sah bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan dari Terengganu iaitu Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin, dengan dua kali lafaz di Dewan Eksklusif Strand Mall, Kota Damansara.





Pada majlis yang dihadiri keluarga terdekat kedua-dua pihak itu, pengantin perempuan menerima mas kahwin RM400 dan wang hantaran bernilai RM20,000. Kakak kepada penyanyi, Aiman Tino, itu juga menerima 11 dulang hantaran berbalas sembilan.

Pasangan terbabit dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Yusri Ishak, dengan disaksikan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, Daerah Petaling, Mohd Khairil Nizam Jaludin.

Klik untuk gambar besar


"Moga detik penutup kepada 2019 yang menjadi saksi penyatuan kami ini akan menghadirkan sisi indah buat saya dan suami pada masa mendatang. Ikatan yang terpateri ini juga hadir bersama tanggungjawab besar buat kami berdua. Insya-Allah, kami akan harungi dan melayari bahtera rumah tangga yang baru dibina ini dengan sebaiknya, bersama-sama," kata Fara atau nama sebenarnya Nurfarazira Yusri.

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu 'Ku Pasrah' ini, dia mengenali Kamal, yang memiliki perniagaan sendiri, sejak tiga tahun lalu: "Saya mula mengenalinya ketika menjayakan sebuah persembahan di Terengganu. Biarpun sudah tiga tahun berkawan, hubungan kami mulai rapat sejak April lalu. Dia pada asalnya rapat dengan Aiman".

Pasangan ini akan diraikan dalam majlis resepsi di Kuala Kubu Bharu, esok, diikuti sebuah lagi acara pada 28 Disember di Kuala Terengganu. Fara dan Kamal bertunang pada 6 Julai lalu.














www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, mStar & Instagram Fara Hezel


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: