20 December 2019

AKUI MASIH BERKAWAN DENGAN ERRA - SHAHIR BAKAL KEMBALI AKTIF


Mengakui masih berhubung dengan Erra Fazira walaupun hubungan mereka dikatakan sudah berakhir sebelum ini, penyanyi Shahir Zawawi bagaimanapun, enggan mengulas mengenai sejauh mana hubungannya dengan Erra ketika ini.





"Kami masih berkawan seperti biasa. Namun, apabila saya cakap saya masih berhubung dengannya, segelintir orang ingin melihat saya ke fasa lebih serius dengannya. Jadi lebih baik hanya kami berdua saja yang tahu. Cukup sekadar saya beritahu saya masih berkawan dengan Erra seperti biasa," jelasnya.

Ditanya mengenai impiannya untuk berkahwin ketika bersama pelakon popular itu, Shahir berkata, fokusnya kini adalah untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian: "Saya selalu percaya sebaik mana perancangan seseorang, ia tidak akan terlaksana sekiranya tidak dikehendaki-Nya. Saya tak nak ulas mengenai perkahwinan sebab orang akan berterusan tanya bila dan bila.

"Saya kini sedang dalam persiapan untuk kembali aktif dalam bidang seni. Saya sudah ada single baru yang bakal dilancarkan tak lama lagi," kata Shahir yang tiada lagi hubungan istimewa dengan Erra dan mereka sudah membawa haluan masing-masing selepas ibu kepada Engku Aleesya itu mengumumkan perkara tersebut Julai lalu.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber: Harian Metro & Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: