20 December 2019

ISSEY: "DULU KITA KECEK 'AKU MUNG', TAK SANGKA MUNG JADI BINI AKU"


Bakal menamatkan zaman duda dengan ibu tunggal anak tiga, pelakon, pelawak dan penyampai radio Issey Fazlisham ketika dihubungi berkata, majlis akad nikahnya dengan Noor Aimi Mohamed Jamel atau lebih mesra dengan panggilan Aimi pada pagi Ahad (22 Disember 2019) ini.





Majlis tersebut dijadualkan berlangsung pada jam 8.30 pagi di Calamaya Garden 781, Kota Bharu, Kelantan: "Saya dalam perjalanan pulang ke Kelantan. Mohon semua doakan majlis kami berjalan lancar dan dipermudahkan".

Bagaimanapun kata Issey, majlis bakal berlangsung dalam suasana serba sederhana memandangkan ini merupakan perkahwinan kali kedua untuk dia dan Aimi: "Selepas akad nikah, akan bermula majlis makan-makan pada pukul 9.30 pagi. Majlis kami ini sederhana sahaja, maklumlah ini kan perkahwinan kali kedua kami," katanya ketawa.

Klik untuk gambar besar


Menurut Issey dia mengenali Aimi sejak di bangku sekolah dan telah bergelar ibu tunggal dua tahun lalu selepas suaminya meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya: "Saya sudah lama merancang untuk berkahwin dengan Aimi dan rasanya sudah tiba masa yang sesuai untuk kami bersatu".

Terdahulu, Issey mengumumkan mengenai majlis perkahwinannya semasa mengendalikan segmen Team Pagi Suria bersama Fizi Ali. Sebelum ini Issey pernah memberitahu sedang bercinta namun, merahsiakan identiti teman istimewanya itu.

Issey atau nama sebenarnya, Fazlisham Mat Hussin, 32, pernah mendirikan rumah tangga dengan Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid pada 19 Mac 2015, namun berpisah setahun kemudian dan tidak mempunyai cahaya mata.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Issey Titan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: