20 December 2019

NORA TERUSKAN HASRAT UMRAH 18 MAC 2020, SELEPAS PEMERGIAN ANAK


Penyanyi Nora Ariffin memberitahu bakal berangkat mengerjakan umrah 18 Mac depan, selepas enam hari pemergian anakanda tercinta, Alif Johan. Perkara tersebut dikongsi Nora menerusi posting di akaun laman sosial Instagram (IG)nya. Nora turut berharap agar niat dan urusannya dipermudahkan Allah SWT.





"Insya-Allah, dengan izinNya, saya tetap akan meneruskan umrah saya pada 18 Mac 2020 nanti. Kepada yang akan bersama dengan saya, mudah-mudahan dapat kita bertemu, berkenalan, menjalinkan ukhwah dan berkongsi pengalaman serta paling penting sama-sama beribadah mengerjakan umrah. Moga Allah permudahkan niat kita. Terima kasih buat semua. Salam rindu Makkah," tulisnya.

Kali terakhir Nora menjejakan kaki ke tanah suci adalah pada Disember tahun lalu dan itu merupakan umrah pertamanya tanpa arwah suami, komposer Johan Nawawi. Johan Nawawi kembali ke rahmahtullah pada 24 Mac 2017 di usia 52 tahun, akibat serangan jantung.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Nora Ariffin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: