20 December 2019

"JANGAN SAMPAI SAYA SAMAN..." - ALIFF SYUKRI & ISTERI NAFI BABY GIRL ADA IG


"Anak saya ini tiada akaun Instagram tolong berhati hati kepada mereka yang mengambil kesempatan.. 2.8kg sahaja.. tak cukup hari pagi anak abah dah nak keluar... anak abah paling kecil lahir..paling cepat menangis, paling besar mataya..





"Siapa yang nak tengok muka saya anak abah yang paling comel ini korang boleh buka dekat YouTube tv Telajak laris 03:00 petang.. #harumansyurga lagu Ini abah ciptakan untuk mereka yang mempunyai bakal cahaya mata yang akan menyinari kehidupan korang untuk lebih bahagia semoga korang gembira dengan video yang kami buat sendiri ini..

"Jgn sampai sy saman.. Jangan tertipu dgn ganbar dan ig palsu.. saya tidak pernah menyebarkan gambar anak saya dan anak saya tidak pernah mempunyai Instagram langsung.. ini ig org x baik menipu.. itu adalah palsu.. kalau nak tngok wajah Anak saya korang boleh tengok dekat YouTube tv Telajak laris 3-4 petang ini sempana lagu terbaru saya dan isteri #harumansyurga," kata usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri di laman Instagra miliknya.

Selain Aliff Syukri, isterinya, Datin Nur Shahida turut mendedahkan jantina anaknya iaitu seorang bayi perempuan yang telah selamat dilahirkan kira-kira jam 5.30 petang semalam (19 Disember 2019) serta menafikan anak bongsunya itu mempunyai akaun Instagram.

Klik untuk gambar besar


"Assalamualaikum baby hajah mama!!! Kawan mama dalam perut masa pergi haji hari tu!! lahir semalam 19/12/19 (Aura 19 tu Masya Allah). Alhamdulillah dah selamat bersalin petang semalam...37 minggu tepat2.....asalnya nak datang checkup biasa je tapi bila Dr cek tgk dah ada bukaan......terus la masuk wad.....terima kasih pada yg mendoakan saya...

"Pukul 3 petang nanti saya akan posting music video lagu ‘Haruman Syurga’ boleh tgk full video dari sebelum masuk labour room sampai la keluar dan muka baby sekali ya Pukul 3 petang di Youtube Channel TV Terlajak Laris! Lepas tu nak bgtau kami belum buat sebarang acc Instagram utk baby baru ni..yg ada tu fake acc sahaja ya...," tulis Shahida pula.

Untuk makluman, Aliff Syukri dan Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan telah dikurniakan empat cahaya mata sebelum ini, Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi serta mempunyai seorang anak angkat, Ameena.








www.myartis.com / Sumber & foto: Instagram Aliff Syukri & Shahida


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: