Menerusi laman Instagram, usahawan kosmetik, Joy Revfa ada berkongsi sekeping foto bersama rakan, usahawan tudung Fareeda, Mawar Karim dan menulis kapsyen humor yang menjadi perhatian peminat. Menurut Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin, dia ibaratnya serik untuk mendirikan rumah tangga bersama seorang yang bergelar penyanyi mahupun pelakon.

"Wartawan : Adakah Joy & Mawar serik utk menerima pasangan yg bergelar pelakon/penyanyi? - Mawar : erk.. bg cheq pikiq sat... - Joy : serik, sbb kebanyakkan drama jer lebih (taksemua) & kena pilih yg Business/Millionaire Mindset jugak.. kalau tak mmg tak sehaluan. Tapi kalau yg dtg tiba2 pelakon @ranveersingh / penyanyi @shawnmendes , hat tu baru cheq tak serik tibehhhhh," tulisnya.
Dalam pada itu, peminat turut mendoakan agar Joy berjaya dan sentiasa berbahagia. Untuk rekod, Joy pernah berkahwin dengan komposer dan penyanyi Hafiz Hamidun pada Mei 2017 dan bercerai pada Oktober tahun sama. Joy juga mempunyai seorang anak lelaki hasil daripada perkahwinan terdahulu.
Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Joy Revfa
________________________

No comments:
Post a Comment