12 December 2019

ALIFF SELOROH 19 ANAK - SHAHIDA 'TUTUP KILANG': "DOAKAN INI YANG TERAKHIR..."


Menerusi satu entri yang dimuatnaik di laman Instagram, isteri kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Sri Nur Shahida memaklumkan dia sudah bersedia untuk tidak lagi mempunyai cahaya mata. Menurut Shahida, dia sudah tidak larat lagi untuk berbadan dua dalam usia yang semakin meningkat ini.





"Sedar tak sedar anak kita dah nak masuk 5 + 1 dah. Ramai juga. Dulu mula-mula kahwin saya memang ingat nak anak 2-3 orang dah cukup. Berbeza dengan Aliff Syukri (suami) sebelum kahwin lagi dia dah bagita dia suka anak ramai. Doakan ini yang terakhir untuk saya, ya. Tak larat nak mengandung bila umur makin meningkat ni. Serba serbi tak kena," tulis Shahida.

Pada masa yang sama di ruangan komen, Aliff Syukri turut berseloroh menyatakan dia mahu 19 orang anak. Seloroh beliau disambut dengan komen-komen jenaka daripada netizen di Instagram. Datin Sri Nur Shahida dan Dato' Sri Aliff Syukri berkahwin di usia muda dan dikurniakan dengan cahaya mata Ammar Ahyyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusuf Al-Qardawy.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Datin Seri Nur Shahida & Datuk Seri Aliff Syukri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: