12 December 2019

"60 PERATUS MASIH SAKIT... KAKI KEBAS" - SABHI SADDI 'LAWAN' DOKTOR DEMI GV6


Mengakui masih berdepan kesakitan ekoran masalah cakera tergelincir (slipped disc) yang masih belum sembuh sepenuhnya, anggota kumpulan One Nation Emcees, Sabhi Saddi bagaimanapun berkata dia enggan menjadikan kesakitan itu penghalang untuk beraksi bersama kumpulannya pada konsert mingguan Gegar Vaganza musim keenam (GV6).





Semangat itu juga kata Sabhi memaksanya untuk 'melanggar' arahan doktor untuk mengurangkan pergerakan agresif terutama ketika menyanyi: "Sebanyak 60 peratus lagi saya masih sakit terutama belakang badan kiri dan kanan saya. Sakitnya itu menyebabkan kaki saya kebas.

"Jadi, setiap kali selepas membuat persembahan saya akan terus bergegas membuka kasut di belakang pentas. Memang doktor tak bagi saya beraksi di pentas tetapi kadang-kadang saya lupa diri. Lagipun saya tak mahu mencacatkan persembahan One Nation Emcees dan menghampakan penonton," ujarnya.

Klik untuk gambar besar


Justeru, Sabhi melakukan apa yang terdaya mengikut kemampuannya malah dia hanya akan bersungguh-sungguh menari pada malam konsert sahaja: "Sebenarnya anggoat One Nation Emcees selalu memberikan isyarat supaya saya mengawal pergerakan di pentas kerana risaukan keadaan saya. Kalau ikutkan pada Ahad lalu saya nak buat backflip tetapi mujurlah mereka menghalang".

Sepanjang bersama GV2019, kata Sabhi dia masih meneruskan rawatan fisioterapinya. One Nation Emcees melakar kejutan apabila mendapat tempat pertama pada konsert minggu ke-9 Ahad lalu menerusi persembahan bertenaga lagu 'Hati Emas' (Datuk M. Nasir & Kembara).






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Sabhi Saddi & One Nation Emcees


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: