"Alhamdulillah syukur ya Allah! Selesai majlis graduasi saya di University of Nottingham, UK GB secara rasminya di anugerahkan Ijazah Kedoktoran Ph.D pada 10 hb Disember 2019. Setelah 4 tahun suka duka jatuh bangun. Terima kasih Allah..

"Alhamdulillah.. gambar2 dan caption lain menyusul will share more pic n vid sampai jemu.. sorry awal2 ya.. #drfitriharis #uum #scimpa," kata penyanyi nasyid, Fitri Haris yang berkongsi berita gembira apabila secara rasmi dianugerahkan Ijazah Kedoktoran Ph.D di University Of Nottingham di United Kingdom.
Fitri yang berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagram ini menerima penghargaan itu pada 10 Disember lalu. Melihat pada ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan komen mengucapkan tahniah atas kejayaannya.
Klik untuk gambar besar


www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Fitri Haris
________________________

No comments:
Post a Comment