12 December 2019

"YA ALLAH... KURNIAKAN LAH KESEMBUHAN & KEKUATAN BUAT ABAH....." - ZUR EDA


Penyanyi era 80-an, Zur Eda atau nama sebenarnya Zuraidah Mokhtar memuatnaik foto bapanya, Mokhtar yang kini sedang terlantar sakit di hospital dan berdoa agar bapanya dikurniakan kesembuhan serta kuat menghadapi ujian tersebut.





"Ya Allah.. Ya Rahman Ya Rahim.. KAU kurniakan lah kesembuhan dan kekuatan buat Abah dlm menghadapi ujian MU YA ALLAH.. agar Abah kembali sihat seperti sediakala.. Aaminn Eda sayang ABAH," tulis bintang Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) itu yang berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Rata-rata turut mendoakan agar bapanya diberi kesembuhan dan kuat menghadapi ujian tersebut. Zur Eda memulakan kerjaya muziknya sejak 1983. Di awal kemuncak kerjayanya sebagai penyanyi, Zur Eda diberi jolokan 'Sade Malaysia' kerana persembahan dan gaya muziknya yang mempunyai persamaan dengan penyanyi wanita England, Sade Adu.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Zur Eda


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: