12 December 2019

ADIRA NAFI LAMBAT KONGSI FOTO ANGGUN KERANA TERIKAT PANTANG LARANG


"Ramai juga yang tanya, kenapa baru sekarang saya muatnaik gambar Anggun di Instagram.... ada pantang ke apa ke. Sebenarnya tak ada pantang apa-apa pun... Cuma dulu Anggun kan masih kecil, sekarang saya rasa dah sampai masa berkongsi dengan peminat semua. Masa Anggerik dan Assan pun saya buat perkara sama.





"Dah masuk umur tiga ke empat bulan baru saya kongsi," jelas penyanyi Adira Suhaimi yang menafikan tidak memuatnaik foto anak ketiganya Anggun, ketika masih bayi kerana pantang larang dan berkata dia menunggu masa yang sesuai untuk berkongsi foto anaknya itu di media sosial bukanlah sebab ditegah sesiapa atau terikat dengan pantang larang.

Bagaimanapun menurut Adira, dalam masa sama dia hanya mengikut nasihat ibu supaya tidak terlalu ghairah berkongsi foto bayi sebelum tiba masanya: "Saya menghormati nasihat ibu dan saya ikut…Lagipun nasihat orang tua tak ada yang tak elok untuk kita dengar".

Sementara itu Adira turut menafikan sedang berbadan dua kerana bentuk tubuh nampak lebih berisi ketika membuat persembahan di Separuh Akhir Muzik Muzik 34 (SFMM34), baru-baru ini: "Ini bukan hamil tetapi lemak. Saya sedang dalam proses menurunkan berat badan sebab selepas melahirkan anak ketiga ni, lambat pula berat turun. Walaupun saya tahu susah nak kurus tapi saya perlu kurus juga kerana hendak aktif dalam bidang nyanyian".

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram Adira Suhaimi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: