12 December 2019

AKHIRI ZAMAN DUDA 22 DISEMBER INI - IBU TUNGGAL ANAK TIGA PILIHAN ISSEY


"Insya-Allah saya akan melangsungkan majlis akad nikah diKota Bharu, Kelantan pada hari Ahad, 22 Disember ini. Saya dah lama kenal dengan bakal isteri sejak sekolah dan sudah merancang lama untuk berkahwin dan ini masa paling sesuai untuk saya tamatkan zaman duda. Dia seorang ibu tunggal mempunyai tiga orang anak dan kematian suami dua tahun lepas kerana kemalangan.





"Apabila tengok kawan-kawan ada anak bini, saya pun rasa nak jugalah ada keluarga dan hari ini saya umumkan tentang perkara itu," demikianlah kata penyampai radio Suria FM, Iseey Titan atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, 32, yang mendedahkan dia bakal menamatkan zaman duda dengan seorang ibu tunggal, Noor Aimi Jamel yang merupakan kenalan lamannya di Kelantan pada 22 Disember ini.

Issey membuat pengumuman istimewa itu semasa mengendalikan segmen Team Pagi Suria bersama seorang lai penyampai iaitu Fizi Ali pada pagi Khamis. Berita gembira itu turut mengundang rasa sebak dan membuatkan Fizi hampir menitiskan air mata.

Sebelum ini, menerusi laporan sebuah akhbar baru-baru ini, Issey yang sudah tiga tahun menduda mengakui sedang mengenali hati budi seorang wanita yang dirahsiakan identitinya. Terdahulu, Issey pernah mendirikan rumah tangga dengan Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid pada 19 Mac 2015, namun bercerai pada 21 Ogos 2016.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: mStar & Instagram Issey Titan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: