12 December 2019

BILA INTAN NAJUWA 'MERENGEK' TAKUT DISUNTIK: "PANJANGNYA JARUM.. MOMMY TOLONG..."


Menerusi laman Instagram, Intan Najuwa telah memuatnaik video dan berkongsikan pengalaman mendapatkan suntikan di sebuah hospital baru-baru ini.





Apa yang mengundang perhatian ramai apabila pelakon berusia 22 tahun itu 'merengek' ketakutan sewaktu mahu mengambil suntikan vaksin sebelum berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah.

"Sakit tak? Panjangnya jarum.. Mommy tolong... Sakit tak?" antara kata Intan yang diungkapkan dalam video pendek yang dikongsi.

"Kebetulan tadi shooting kat Hospital. Alang-alang ambik injection before pergi umrah Ha hambik satu production kena pujuk heret taknak bagi takut @shah_peel @aniezajaafar Dasarrr penakutttt," tulisnya.

Serentak dengan perkongsiannya itu, rata-rata peminat terhibur seterusnya meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Intan Najuwa


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: