12 December 2019

DISINDIR & DIANGGAP TUMPANG POPULARITI AYDA JEBAT - NABIL MAHIR TAK TERKESAN


"Warganet berhak membuat apa sahaja andaian, namun saya cuba untuk tidak terlalu memikirkan pandangan orang luar. Komen yang dilemparkan mereka pula saya anggap sebagai pembakar semangat untuk menjadi lebih baik. Dalam soal hidup dan masa depan, kita hanya mampu merancang, namun Allah yang menentukan segala-galanya.





"Saya cuma berharap, semua pihak mendoakan yang terbaik buat saya dan Ayda," ujar pengacara Nabil Mahir yang mengakui pada usia 31 tahun, dia lebih matang dalam menangani pandangan dan andaian umum, terutama berkaitan kehidupan peribadinya.

Nabil berkata, dia tidak terkesan biarpun ada pihak menyindir dan menganggap dirinya cuba menumpang populariti penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat, apabila membuat pengakuan mereka sedang menjalin cinta. Menyentuh hubungannya dengan penyanyi lagu 'Temberang' itu, Nabil berkata, biarpun selesa mendekati gadis berusia 27 tahun itu, dia tidak mahu terburu-buru memikirkan soal jodoh.

Klik untuk gambar besar


Bekas pengacara Hlive itu bagaimanapun, bersyukur hubungan mereka mendapat restu keluarga, malah lega kerana tiada apa lagi perlu dirahsiakan selepas membuat pengakuan dia dan Ayda sedang bercinta: "Kami sudah lama kenal, cuma mula rapat sejak beberapa bulan lalu.

"Apa yang pasti, keluarga saya dan Ayda menerima hubungan kami dengan baik. Tipu jika kami tidak pernah berbincang untuk membawa hubungan ini ke fasa lebih serius, tetapi kami tidak mahu terburu-buru. Doakan semuanya dipermudahkan dan dipercepatkan," katanya.

Nabil berkata, ketika ini, dia sibuk menguruskan perniagaan keluarga, namun masih menerima tawaran mengacara apabila ada masa terluang: "Saya belum dapat berkongsi butir mengenai perniagaan yang sedang dikendalikan kerana ia masih baharu. Apa yang boleh saya katakan, ia berkaitan perniagaan digital. Saya masih menerima tawaran sebagai pengacara, namun tidak lagi aktif seperti dahulu".


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: