13 December 2019

TAHNIAH - EIZLAN YUSOF AKHIRI ZAMAN DUDA


Setelah menduda, akhirnya Datuk Seri Eizlan Yusof 48, selamat bernikah dengan Datin Sri Natasha Rosa Boudville, 29, petang semalam. Pernikahan itu berlangsung dengan hanya sekali lafaz dalam majlis penuh istiadat di The Glass Suite, Boraombak, Marina Putrajaya.





Kolonel Bersekutu (PA) Tuan Haji Mohd Ajib Ismail, telah menikahkan pasangan tersebut dengan disaksikan oleh ahli keluarga, tetamu, rakan serta pegawai bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Untuk makluman, Natasha yang memeluk Islam pada Ogos tahun lalu, menerima mas kahwin sebanyak RM80 dan sebentuk cincin berlian, selain wang hantaran RM12,121.90. Pengantin perempuan turut menerima lima dulang hantaran, berbalas tujuh.

Terdahulu, satu majlis berinai telah diadakan berkonsep Bollywood.

Selepas nikah, majlis resepsi bakal diadakan pula di Ballroom, Boraombak Marina Putrajaya, jam 8.30 malam ini.

Klik untuk gambar besar















www.myartis.com / Sumber: Eizlan IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: