12 December 2019

RABUN SEJAK SEKOLAH - LISA SURIHANI BUAT RAWATAN LASIK HARI INI


Memberitahu akan membuat rawatan lasik, iaitu pembedahan pembetulan penglihatan pada Khamis, pelakon yang juga juri tetap Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019, Lisa Surihani berkata, dia mengalami masalah rabun sejak sekolah rendah dan mula memakai kanta lekap ketika berusia sembilan tahun.





"Saya mula memakai kanta lekap sejak berusia sembilan tahun... Selama ini orang tak tahu yang saya bergantung kepada kanta lekap untuk penglihatan lebih jelas. Jadi pada Oktober lalu saya menjalani pemeriksaan di klinik Dr. Muhaya untuk memastikan mata saya ini cukup fit untuk melakukan rawatan.

"Alhamdulillah, lega bila dapat tahu mata saya sihat dan boleh menjalani prosedur membetulkan semula eye sight punya power. Sebelum menjalani rawatan esok, saya diminta untuk tidak memakai kanta lekap selama 10 hari, dan saya harap semuanya dipermudahkan," katanya.

Klik untuk gambar besar


Lisa bagaimanapun tidak memberitahu tentang siapa yang bakal menggantikannya sebagai juri MLM 2019 pada Jumaat. Selain Lisa, MLM 2019 turut menampilkan Najip Ali, Inul Daratista dan Datuk Jamal Abdillah sebagai juri dan pengkritik tetap.

Atau adakah Lisa tetap akan memikul tanggungjawabnya sebagai juri pada minggu ketujuh MLM 2019? Jangan lupa saksikan malam esok bertemakan Moral bersama lapan lagi peserta yang tinggal iaitu Zero, Rojak, Jborn, Rare, Bocey, Puteh, Stone dan Rahmet.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Lisa Surihani


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: