12 December 2019

ZUL ARIFFIN: "SEDANGKAN MUKA MARK ZUCKERBERG BOLEH 'DEEPFAKE', INIKAN PULA SAYA"


"Sedangkan muka Mark Zuckerberg pun orang boleh 'deepfake', inikan pula saya. Senang sangat nak cari visual saya untuk buat 'deepfake' ni," demikian ujar pelakon Zul Ariffin yang tampil memberi penjelasan berhubung video panas melanda dirinya dan berkata ia bukan kali pertama terkait dengan isu sebegini dan menyifatkan dirinya menjadi mangsa 'deepfake'.





Semalam, kecoh apabila tular sepotong rakaman video panas seorang lelaki mirip Zul Ariffin di media sosial. Di tengah-tengah kekecohan warga net berteka-teki tentang individu di dalam video tersebut, 'kehilangan' akaun Instagram (IG) Zul pada malam Selasa lalu, menguatkan lagi dakwaan mengaitkan pelakon sasa itu dengan rakaman lucah yang tersebar.

Katanya lagi dia tidak menyangka akan menjadi mangsa individu tidak bertanggungjawab: "Tak sangka kali ini saya pula menjadi mangsa. Ingatkan benda-benda macam ini orang buat kat ahli politik saja,” katanya dalam nada kecewa.

Untuk makluman semua teknologi 'deepfake', mampu menggantikan wajah individu persis atau sesiapa sahaja dalam sebuah klip video. Hasilnya? Seperti imej janaan komputer (CGI) dalam filem yang sangat realistik!

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Zul mengakui berasa sedih kerana menjadi mangsa teknologi dan berharap artis lain juga berhati-hati: "Saya harap, dengan kejadian ini, artis lain juga harus lebih berhati-hati," tuturnya.

Sementara itu di Twitter, ada peminat yang meragui keaslian video tersebut dan turut mengaitkannya dengan teknologi 'deepfake'. Tapi logik juga, sebab sejak akhir-akhir ini terlalu banyak video tidak senonoh yang melibatkan individu popular seperti pelakon, penyanyi, pemain bola sepak termasuk ahli politik.

Mungkin juga ada individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menggunakan teknologi canggih untuk mengaut keuntungan? Kerana dengar cerita ada harga diletakkan untuk video aksi panas melibatkan individu tertentu! Jadi, fikir-fikirkan.



Sementara itu, kehilangan akaun Instagram Zul Arififn, mengundang persoalan dan kebimbangan dalam kalangan peminat selepas dipercayai dinyahaktif oleh pelakon "Setelah Ku Dimiliki' itu pada Selasa lalu setelah tersebar rakaman video panas didakwa mirip Zul Ariffin di laman Twitter.

Adakah benar Zul Ariffin menutup akaun Instagramnya gara-gara kontroversi video panas tersebut? Bagaimanapun, menerusi satu kenyataan yang dimuatnaik oleh kelab peminat Zul Ariffin Fan Club (ZAFC), mereka memberitahu akaun Instagram Zul Ariffin tidak digodam oleh mana-mana pihak. Ia dinyahaktifkan kerana pelakon itu mahu berehat daripada menggunakan laman sosial buat sementara waktu.

"Hi semua... kami menerima banyak mesej peribadi (DM) bertanya tenatng akaun media sosial boss (Zul Ariffin). Jangan terkejut, akaun dia selamat! Dia cuma berehat seketika dari media sosial, ayuh kirikmkan sokongan kita kepadanya, ucapkan yang baik-baik dan semoga dia dapat rehat yang cukup. Jika ada sebarang urusan penting, boleh hubungi kami atau pengurusnya. Terima kasih," tulis pengendali akaun peminat tersebut.




www.myartis.com / Sumber: mStar & Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: