15 December 2019

AMMAR ALFIAN THROWBACK MATA LEBAM: "I CALL IT 'THE SLAP FROM GOD'..."


Menerusi laman Instagram, pelakon Ammar Alfian telag berkongsi sekeping foto matanya yang lebam ketika menjalani penggambaran filem 'Paskal', tahun lalu. Dalam foto tersebut jelas Ammar, dia terjatuh dari pelantar cari gali minyak ketika melakonkan sebuah aksi hingga mengalami kecederaan tersebut.





"I call it 'the slap from God'. Throwback to when I did dat killer jump off the oil rig for Paskal The Movie. Got this and a broken ear drum. Better be prepared for sh*t like this again," tulisnya menerusi entri di Instagram.

Foto itu sedikit sebanyak mengejutkan pengikut Instagramnya yang turut mendoakan kesejahteraan pelakon berbadan sasa itu. Tidak kurang juga yang memuji kesungguhan pelakon itu yang berkorban demi mendapatkan hasil yang terbaik.

Paskal The Movie yang ditayangkan pada hujung tahun lalu mencatat kutipan pecah panggung RM29 juta. Filem arahan Adrian Teh itu turut dilakonkan oleh Hairul Azreen, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal dan ramai lagi.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram Ammar Alfian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: