15 December 2019

MAJLIS PERTUNANGAN ELLY MAZLEIN AKAN DIADAKAN GILANG GEMILANG SELASA INI


Penyanyi, pelakon dan pengacara popular, Elly Mazlein memberitahu majlis pertunangannya dengan lelaki pilihannya, Mohamad Azlan pada hari Selasa ini dikatakan bakal berlangsung secara gilang-gemilang.





Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 39, berkata, pada majlis itu dia turut menampilkan dua penyanyi wanita hebat yang juga bekas finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) iaitu Indah Ruhaila dan Siti Sarah untuk membuat persembahan.

"Perancang majlis perkahwinan, Reka Teemor akan membuat dekorasi majlis ini. Kali pertama mereka tunjuk lukisan, saya terkejut sebab memang 'grand'. Itu pun belum siap lagi. Mereka buat sangat ikhlas dan saya rasa nak menangis ketika itu. Lagipun, saya memang percaya dengan mereka sejak dulu. Ini bukan kerjasama pertama kami.

"Saya juga jemput Indah dan Siti Sarah untuk menyanyi kerana saya mahu majlis ini kelihatan hebat. Ini juga hadiah untuk rakan media yang sentiasa menyokong kerjaya saya dari dulu hingga sekarang. Selama ini, apa saja dibuat saya tidak berahsia," katanya.

Klik untuk gambar besar


Elly yang juga pengacara program Mentor Milenia 2019 berkata, majlis itu adalah impiannya bersama bakal suami. Elly yang juga ibu tunggal anak satu mahu menjadikan lima majlis yang bakal diadakan sempena perkahwinannya itu menjadi kenangan mereka bersama.

"Ini impian saya dengan bakal suami. Saya mahu menjadikan ia kenangan buat selama-lamanya. Apatah lagi, ini perkahwinan pertama suami, jadi dia perlu ada semua memori indah ini. Dalam masa sama, majlis secara tertutup ini saya dedikasikan khas buat keluarga dan teman media. Pada majlis ini ia bertemakan majlis dalam taman. Malam berinai pula Cik Siti Wan Kembang, nikah dan sanding bertemakan moden dan majlis bertandang di Kuala Krai lebih kepada sentuhan tradisional Kelantan," tuturnya.

Terdahulu, Elly diraikan pada majlis merisik yang diadakan pada 19 Oktober lalu. Pasangan itu mula berkenalan pada Ogos tahun lalu sebelum serius awal tahun ini. Elly pernah berkahwin dengan pengarah, Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia, namun bercerai pada 15 Oktober 2015.






www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: