15 December 2019

"DI AKHIRAT SEBAB KAU DAH BUKA AIB..." - KAMAL ADLI KOMEN VIDEO PANAS MIRIPNYA


"Saya tidak boleh berikan komen lanjut mengenai perkara itu. Minta maaf, benda ni sudah dimaklumkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), mereka menasihatkan saya untuk tidak memberikan apa-apa kenyataan.





"Saya pun tidak tahu masalah ini boleh terjadi macam ni. Akan tetapi saya memang tidak boleh beri sebarang komen, saya lebih selesa untuk cara ini. Ia tidak menganggu kerja dan rezeki saya, InsyaAllah. Saya hanya boleh cakap individu yang buat benda fitnah yang macam ni, mungkin boleh hentikan. Ia sangat tidak bagus lebih-lebih lagi apabila kita lihat sekarang, ramai lagi yang menjadi mangsa.

"Ia sangat tidak sihat, tutup rezeki tutup aib orang dan sebagainya," ujar pelakon dan hos, Kamal Adli yang tidak mahu memberikan komen lanjut mengenai rakaman video panas didakwa mirip wajahnya tular di Twitter, sejak bulan lalu.

Katanya, perkara berkenaan sudah pun dimaklumkan kepada pihak berkuasa dan meminta ramai supaya berhenti untuk menyebarkan hal yang belum pasti sahih. Kamal pada masa sama turut meminta orang ramai supaya berhati-hati di dalam berurusan dengan sesiapa sahaja, bimbang andai perkara yang tidak diingini berlaku di kemudia hari.

Klik untuk gambar besar


"Saya tidak tahu siapa dalang dan apa 'point' mereka sebenarnya. Yang saya tahu, mereka boleh mendapatkan duit bila orang membeli video berkenaan. Benda itu betul atau pun tidak, tapi mereka dapat duit terhadap golongan yang sanggup membeli.

"Benda ni sebenarnya haram. Mungkinlah kau tak sedar sekarang, tapi di akhirat sebab kau dah buka aib orang, malukan orang. Saya sendiri pun tidak tahu... Mungkin kepada yang tidak tahu, ada 'scammer' macam ni, Jadi berhati-hati. Dari side saya sepatutnya sudah selesai, saya dah tak mahu komen mengenai hal ini. Cuma nak bagi nasihat kepada yang tidak tahu... berhati-hati sajalah," katanya lagi.

Terdahulu, video yang mempunyai durasi lebih 2 minit itu memaparkan lelaki yang dikatakan menyerupai bintang berkenaan berada dalam keadaan berbaring di atas katil sambil beraksi panas selain turut melihat ke arah kamera.


www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Kamal Adli


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: