31 December 2019

BETTY RAHMAD & ANAK DIJANGKITI INFLUENZA A: "SO SAD TO END 2019 THIS WAY"


Mendedahkan anak lelakinya, Ardy Wira turut dijangkiti penyakit Influenza A sama sepertinya, adik kepada aktres Erma Fatima dan Datin Seri Umie Aida iaitu pelakon Betty Rahmad berkata dia berasa sedih apabila terpaksa mengakhiri tahun 2019 dengan keadaan dirinya dan anak yang terlantar sakit.





"Assalamualaikum semua doakan my baby @ardywira_ cepat sihat from Influenza A. So sad to end 2019 this way. Doakan for us ok & please take care guys! #30122019" tulisnya yang mendapat pelbagai respon daripada kalangan pengikutnya.

Menjengah di ruangan komen, rakan artis dan pengikut mendoakan agar Betty dan Wira kembali sembuh seperti biasa: "Semoga cepat sihat balik kesian Wira." - "Ya Allah baby pun ke mu. MasyaAllah. InsyaAllah semua akan sembuh mu. Sayang anak bonda tu," antara komen-komen yang ditinggalkan.

Betty mendirikan rumah tangga dengan Ardy Damis, 32, pada Februari 2018. Hasil perkongsian hidup itu, Betty dikurniakan cahaya mata, Ardy Wira pada 19 Januari lalu. Terdahulu, Betty memberitahu dia terpaksa mengasingkan dirinya daripada anak ekoran dijangkiti virus influenza.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Betty Rahmad


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: