31 December 2019

"HADIAH NEW YEAR.." - FIZZ DEDAH ALMY HAMIL ANAK KE-4, LAHIR 2020


Pelakon Datuk Fizz Fairuz menerusi laman Instagram telah berkongsi berita gembira dimana isterinya, pelakon Datin Almy Nadia kini sedang hamil cahaya mata keempat dan dijangka dilahirkan pada tahun 2020 nanti. Pada entri tersebut, aktor filem 'Munafik' itu turut berkongsi imej ujian imbasan kandungan isterinya.





"Hadiah new year.. hehehe penutup 2019.. amin rezeki allah.. kasih sayang utk anak2 tetap sama, takde setitik pun kurang.. amin.. #babynewyear2020," tulis Fizz atau nama sebenarnya, Mohd. Fairuz Zainal Abidin, 40, menerusi satu entri yang dimuatnaik di Instagram.

Rata-rata mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut dan berharap agar mereka dikurniakan anak lelaki pula: "Hero pulak kali ni, Insya-Allah." - "Tahniah! Semoga dapat baby boy," tulis sebahagian netizen.

Untuk makluman, Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Nur Afrina Arianna, 4, Nur Afrina Aurora, 3, dan Nur Afrina Ayra yang baru berusia setahun. Pasangan itu juga mempunyai seorang anak angkat Nur Afrina Darwisya, 10.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Fizz Fairuz & Almy Nadia


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: