31 December 2019

ABBY KONGSI VIDEO ARWAH BABY D: "MASIH SAYU... WALAUPUN SUDAH REDHA....."


"Berbahagialah di 'sana' sayang. Antara kenangan terindah untuk Mama & Abah di tahun 2019 ini ialah hadirnya Muhammad Danial Firman Faizal b Muhammad Faizal. Mama buat video ni sewaktu di Makkah haritu. Selang 2 hari selepas Baby D tinggalkan kami semua. Tapi teragak2 nk kongsikan. Sebab taknak terbawa2 dengan kesedihan yg berpanjangan.





"Tapi malam ni Mama post juga sebab Mama nk tinggalkan kenangan disini. Mama Abah rindu dia Muhammad Danial Firman Faizal. Masih sayu rasa hati walaupun sudah redha. Tapi masih terbayang2 wajah Baby D. Buka mata mcm dalam video ni pandang Mama, dengar Mama membebel, mengaji, pegang tangan Mama, tangan Abah.. alahai.. comelnya wajahmu anakku.

"Lahir 23 minggu (27/9/2019) dalam keadaan dalaman yg belum bersedia, memang Mama & Abah kena terima hakikat kalau apa2 terjadi kata Dr. Memang dari awal kelahiran pun, Baby D bergantung pada bantuan mesin. Para Doc di NICU tak bagi apa2 harapan.. 50/50 kata mereka...

"Baby D pun beberapa kali kritikal.. tp Mama Abah tetap tak berputus asa. Berulang alik ke hospital setiap hari, hantar susu, hantar pampers, belai2 Baby D sambil berangan2 dah nk bawak Baby D balik dah dalam masa terdekat ni..

Klik untuk gambar besar


"Walaupun Mama Abah sudah bersedia dari awal kelahiran Baby Danial dgn apa saja kemungkinan, tapi dalam masa yg sama Mama Abah sentiasa mengharapkan keajaiban dari ALLAH & doa dari semua utk mengubah takdir anak comel Mama ni. Tapi apakah daya, kita merancang dengan cita-cita, tp ALLAH merancang dengan cintaNYA.

"Dengan pendarahan di kepala, pendarahan di paru2, jangkitan kuman, komplikasi pada hati.. ya ALLAH.. gundahnya hati kami saban hari hanya ALLAH yang tahu. Dan akhirnya, ALLAH ambil dia utk bermain2 di Taman SyurgaNYA.

"Damailah di sana sayang. Mama Abah redha dengan ketentuan ALLAH. Apa yg ALLAH takdirkan... itulah yg terbaik utk kita. Mama Abah yakin dgn janjiNYA. Anak Mama di tempat yg paling baik skrg ni. Dah tiada siapa nak cucuk2, ambil darah, ikat2 tangan dia lagi k.

"Anak Mama berseronoklah di sisiNYA sehingga kita sekeluarga disatukan semula suatu hari nanti, InshaALLAH. Sayang Sangat Baby D Mama LillahiTaala. Mama 30/12/2019. Ps; Terima Kasih @pakarbatu utk batu nesan arwah Baby D," demikian luahan coretan penyanyi dan pelakon Abby Abadi.



Abby meluahkan rasa rindu terhadap arwah anaknya, Muhammad Danial Firman Faizal atau dikenali sebagai Baby D. Biarpun kehilangan permata hatinya, namun kata Abby, kehadiran Baby D merupakan kenangan yang terindah dikecapinya pada tahun ini.

Perkara itu dikongsikan Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, 42, menerusi satu entri berbentuk video yang dimuatnaik di laman Instagram miliknya. Pada masa sama, Abby mengakui dia masih selalu terbayang-bayang dengan gelagat anak tersayangnya itu.

Perkongsian Abby itu kemudian menerima pelbagai maklum balas daripada pengikutnya. Rata-rata tersentuh dengan video tersebut selain meminta agar Abby terus tabah. Baby D menghembuskan nafas terakhir pada 7 Disember lalu selepas 70 hari menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Neonatal Hospital Sungai Buloh, Selangor. Ketika pemergiannya, Abby dan suami sedang mengerjakan ibadah umrah.

Terdahulu, Baby D dilahirkan pada 27 September dengan berat 535 gram ketika kandungan Abby baru mencecah lima bulan. Sebelum ini, pelakon yang popular menerusi drama Gerak Khas itu pernah gugur sebanyak dua kali pada 2016 dan 2017. Abby dan Faizal yang mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015, turut mempunyai dua anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyan dan Maisara Dayana Fathia.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Abby Abadi, Jai Ezzany


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: