31 December 2019

SAKIT MATA - IRFAN HARIS TERIMA PETUA ANEH, TITIS AIR SUSU IBU


Menerusi satu entri yang dimuatnaik di Instagram, penyanyi Irfan Haris atau nama penuhnya, Irfan Haris Othman, 18, telah memuatnaik foto serta video matanya yang kemerahan dan memberitahu bahawa keadaan dirinya kini tidak berapa sihat ekoran mengalami masalah sakit mata.





"Hello does anyone know how to recover sakit mata ni?, aku dah macam hantu ju on ni oi send help," tulisnya di ruangan kapsyen.

Menerusi entri tersebut, pelantun lagu Honey itu berkongsi gambar dan sepotong video yang memaparkan keadaan kedua-dua belah matanya yang merah. Perkongsian tersebut kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.

Klik untuk gambar besar


Rata-rata meminta agar bekas bintang Big Stage 2019 itu pergi berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Pada masa sama, ramai juga yang memberikan petua kepadanya untuk meredakan masalah mata merah tersebut.

Apa yang mencuri tumpuan apabila ramai yang memintanya untuk menggunakan susu ibu sebagai penawar: "Ia kedengaran agak sensitif, tetapi cuba guna susu badan. Ia benar-benar berhasil. Titiskan air susu ibu. Guna susu ibu sapu kat mata tu," komen sebahagian pengikutnya.

Cadangan netizen itu kemudian mendapat maklum balas Irfan yang benar-benar terkejut dengan petua yang diberikan kepadanya: "Saya tidak akan meletakkan sebarang susu kat mata saya kerana ia sangat aneh, apapun, terima kasih untuk semua tips, saya hargainya," tulis Irfan di ruangan Instagram Story.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Irfan Haris


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: