31 December 2019

TULAR LAGI VIDEO BOGEL MIRIP AIMAN TINO: "TIDAK TAHU APA MOTIF..."


Penyebaran satu lagi video bogel yang didakwa mirip penyanyi Aiman Tino, semalam. Video berdurasi 45 saat itu memaparkan wajah seorang lelaki mirip penyanyi lagu 'Ku Rela Dibenci' itu di dalam bilik yang sama seperti kali pertama video itu tular pada Mac lalu.





Aiman ketika dihubungi berkata, dia menganggap perkara yang berulang itu adalah dugaan dalam hidup: "Saya tidak tahu apa motifnya. Setahu saya, saya tak bermusuh dengan sesiapa. Tak tahulah pula kalau mereka iri hati. Bagi saya ini dugaan dalam hidup dan perkara sudah berlaku.

"Lagipun, ini cerita lama dan orang sudah lali. Bukan saya seorang yang kena, ada ramai lagi artis kena perkara sama. Boleh jadi ini adalah 'scam' yang mana ada kumpulan tertentu sengaja nak mengenakan artis. Apabila terjadi sekali lagi pada saya, pemikiran orang kita pun tetap sama. Mereka pun tahu sejauh mana kebenarannya," katanya.

Dalam masa sama, Aiman menafikan komputer riba miliknya yang dicuri selepas kereta Perodua Myvi miliknya dipecahkan di Kampung Melayu Subang, Selangor pada 5 September lalu mengandungi video itu: "Video itu tak ada kaitan pun dengan komputer riba yang dicuri".

Klik untuk gambar besar


Ditanya mengenai tindakan yang bakal diambil, Aiman berkata, dia akan meneruskan semula laporan polis yang pernah dibuat sebelum ini: "Tempoh hari saya sudah buat laporan. Jadi, kita akan teruskan lagi kali ini. Lagipun, dalam laporan terdahulu saya memang beri amaran. Jika perkara sama berulang, kita tidak teragak-agak untuk mencari dalang sebenar".

Terdahulu, seorang individu memuat naik video berserta status yang mahu memaparkan versi penuh video lucah mirip penyanyi itu jika mendapat 2,000 ulang ciap di Twitter sejak Jumaat lalu. Difahamkan, video penuh berkenaan mula tular sejak hari ini.

Ini adalah kejadian kedua menimpa Aiman selepas kali pertama pada Mac lalu yang menyaksikan Aiman menafikan dia adalah lelaki dalam video berkenaan. Menerusi kenyataan itu, Aiman berkata, wujud perbezaan dari segi bentuk tubuh kerana dia dia tidak ada 'six pack' seperti lelaki dalam video itu.






www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Aiman Tino


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: