31 December 2019

KEHAMILAN KEDUA - AMYRA DEDAH KETAGIH MANIS & OBSES KEMAS RUMAH


"Saya seperti ketagih makanan manis sehingga berat badan naik mencecah 53 kilogram. Ketika mengandungkan Anaqi dahulu, saya mencari apa-apa yang masin, kini setiap hari mahu benda manis. Cuma, saya harus berhati-hati kerana tidak mahu terkena penyakit lain pula nanti," demikian tutur pelakon Amyra Rosli yang mendedahkan perubahan dirinya ketika hamil anak kedua ini.





Jelas Amyra dia sangat menggemari makanan yang manis dan akan memakannya setiap hari. Selain itu, pelakon utama drama 'Cemburu Seorang Perempuan' akui pernah dimarahi oleh suaminya, pelakon Amar Baharin kerana melakukan kerja berat di rumah.

"Saya tidak tahu bagaimana tabiat dan karakter itu boleh berubah sebegitu sekali sehingga menjadi 'obses' mengemas rumah. Sampaikan suami marah kerana saya melakukan kerja berat ketika sarat hamil. Mungkin gara-gara pembawaan anak perempuan, ia membuatkan saya kerap mengemas," katanya lagi.

Untuk makluman, Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan dikurniakan anak sulung, Aqeef Anaqi pada 15 Oktober 2017. Amyra dijangka akan melahirkan bayi perempuan pada bulan Februari 2020.

Klik untuk gambar besar











www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Amyra Rosli


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: