31 December 2019

DISEBUT GANTI NEELOFA JADI HOS MELETOP - INI KATA MIRA FILZAH


Namanya menjadi antara calon hos yang disebut-sebut untuk menggantikan posisi Noor Neelofa dalam rancangan hiburan MeleTOP, pelakon dan pengacara Mira Filzah akui terkejut dan menjelaskan, sehingga kini masih belum ada sebarang perjanjian, tawaran atau makluman daripada pihak yang terbabit seandainya dia bakal menjadi hos baru MeleTOP.





"Daripada pihak saya setakat ini belum ada apa-apa lagi. Kalau ada yang menyebut nama saya bakal menjadi hos baru, ia satu perkembangan yang baik, mungkin orang nampak kemampuan saya. Bukan senang untuk sesiapa sahaja hos baru seperti saya untuk mengambil alih rancangan itu.

"Program itu sendiri pun sudah ada satu jenama dan 'chemistry' yang sangat kuat. Tetapi, kalau tiba-tiba nama saya berbangkit, maknanya orang nampak potensi saya. Cuma, buat masa sekarang belum ada apa-apa lagi," katanya.

Klik untuk gambar besar


Sebelum Mira, penyanyi Siti Nordiana pernah menjadi calon hos baru MeleTOP seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak termasuk netizen sendiri. Nana sebelum ini pernah mengendalikan siaran langsung rancangan hiburan Gema Gegar Vaganza selama dua musim bersama Fikry Ibrahim.

Manakala, Mira pula pernah diundang menjadi pengacara jemputan rancangan MeleTOP sebelum ini dan mendapat respon positif daripada penonton. Pada 3 Disember lalu, hos tetap MeleTOP, Neelofa telah mengumumkan pengunduran diri daripada rancangan itu selepas tujuh tahun bersama.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Mira Filzah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: