"Haritu 26 Dec Bonda ke @pusrawiofficial dan hampir2 kena admit sbb Doktor bg date sampai 26 shj. Tapi bila check up baby, urine test, CTG (monitor jantung baby), Alhamdulillah semua ok. Air ketuban pun banyak. So doctor Habibah bg masa lg pd Bonda hingga 31 Dec 2019. Tu kira habis nego dah tu..

"Kalau baby still happy dlm tummy Bonda, kenalah paksa dia keluar... So baby Bonda awak nak lahir 2019 atau 2020??," kata pelakon Yatt Hamzah yang akui tidak sabar menanti kelahiran cahaya mata keempatnya yang kini sudah melepasi tarikh matang sepatutnya anak dia dilahirkan.
Dalam entri tersebut yang dimuatnaik di laman Instagram, Yatt bimbang kerana sehingga kini tiada tanda bayinya untuk keluar, jika tidak doktor berikannya masa sehingga 31 Disember ini untuk melahirkan bayinya itu.
Klik untuk gambar besar

Kemas kini terdahulu, Yatt ada berkongsi mengenai persiapannya yang sudah dilakukan sejak dua minggu lagi untuk bersalin. Yatt turut berkongsi tips serta senarai barang-barang keperluan ibu dan bayi untuk dibawa ke hospital: "Dah berhabuk dah beg hospital ni, dekat 2 minggu dah bonda packed. Tapi Baby tak keluar2 juga walaupun EDD dah lepas lama dah 18/20 Dec 2019 haritu.
"Adakah Baby akan keluar 2019 atau 2020?? Rabbi Yassir Walaatuassir Ya Kareem.. So spt yg korang nampak, Bonda mmg selalunya pack brg2 Bonda & Baby pakai luggage senang sbb x tahu brp lama akan stay hospital. Bonda selalunya mmg lama sikit sbb semua anak sebelum ni Overdue..," tulis Yatt yang menerima komen dimana ata-rata pengikutnya mendoakan agar urusannya dipermudahkan.
Untuk maklumn, Yatt mendirikan rumah tangga dengan juru video Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata Suci Humaira Iqlima, 3, dan Suci Hayfa Medina, 1. Yatt mempunyai seorang lagi anak, Suci Hanania Malika, 7, hasil perkahwinannya terdahulu dengan Abdul Mutalib Shukor.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram Yatt Hamzah
________________________

No comments:
Post a Comment